Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 10x Zoom akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Mei ini

Oppo Reno 10x Zoom

Oppo Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa Oppo Reno akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei ini.

Ketika itu, Oppo Malaysia tidak mendedahkan sebarang mengenai pelancaran Oppo Reno edisi 10x Zoom.

Walaubagaimanapun, Oppo  kini telah mengesahkan bahawa versi Oppo Reno yang lebih premium ini akan mula ditawarkan di Malaysia pada 27 Mei 2019.

Oppo Reno 10x Zoom adalah telefon pintar kelas flagship terbaru Oppo yang hadir dengan teknologi kamera 13MP yang memiliki lensa persikop membolehkan Oppo Reno ini kebolehan zoom 10x lossess hibrid.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Selain itu, tetapan kamera belakang Oppo Reno 10x Zoom ini dilengkapi dengan satu sensor 48MP f/1.7 dan saru sensor lensa lebar 120 darjah pada resolusi 8MP.

Kamera selfie juga memperkenalkan modul kamera terangkat yang baru dan diberikan gelaran ‘shark fin’ dan ianya memiliki resolusi 16MP f/2.0 dengan lensa 79.3 darjah.

Dengan pengunaan kamera selfie terangkat Shark Fin, Oppo berjaya menempatkan skrin paparan FHD+ tanpa takukan 100% berukuran 6.6-inco dengan nisbah skrin kepada rangka 93.1% dan tidak lupa sensor capjari terbina dalam skrin.

Pada bahagian dalaman, Reno edisi 10x Zoom memiliki pemproses Snapdragon 855, dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB selain dua pilihan memori dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Oppo 10x Zoom juga hadir dengan sistem operasi ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, pembesar suara stereo Dolby Atmos, teknologi penyejukan cecair dan bateri berkapasiti 4,065mAh yang turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 ( tiada super VOOC).

Oppo Reno 10x Zoom dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hijau dan hitam.

Harga penjualan Oppo Reno dan Oppo Reno 10x Zoom dijangka akan diumumkan pada 16 Mei ini.

Dapat info lanjut di OPPO Official Website

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.