Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program Beta Android Q untuk Asus ZenFone 5Z (ZS620KL) kini ditawarkan

Selain Realme 3 Pro, Asus juga telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship 2018 mereka iaitu Asus ZenFone 5Z (ZS620KL) kini menawarkan program beta Android Q.

Asus ZenFone 5Z (ZS620KL) adalah versi telefon pintar utama yang memiliki pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.

Bersama-sama pengumuman ini, Asus Malaysia juga telah menunjukkan cara-cara untuk anda melakukan kemaksini Android Q versi beta ini selain makluman risiko yang terlibat dengan menyertai program ini.

Sebelum melakukan sebarang langkah untuk mengemaskini peranti anda dengan Android Q versi Beta, anda disarankan untuk melakukan backup segala data terlebih dahulu.

Pengumuman penawaran program beta Android Q bagi pemilik Zenfone 5Z (ZS620KL) ini sudah pastu disambut baik dan ianya membuktikan komitmen Asus untuk menawarkan Android Q kepada pengguna.

Selain itu, Asus juga akan melancarkan telefon pintar kelas flagship terbaru 2019 pada 16 Mei ini.

Sila lihat laman mikro Program Beta Android Q untuk maklumat lanjut

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.