Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 kini ditawarkan dengan harga penjualan RM 1,099

Oppo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa Oppo F11  yang sebelum ini ditawarkan secara eksklusif di Shopee telah mula ditawarkan melalui semua saluran penjualan dengan harga penjualan RM 1,099

Oppo F11 Pro versi 6GB RAM + 128GB memori tiba di Malaysia 1 Mei pada harga RM 1,299

Oppo F11 adalah versi yang lebih murah dengan perbezaan utama telefon pintar  dan Oppo F11 Pro adalah ianya tidak mempunyai kamera selfie pop-up.

Oppo F11 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 6.53-inci yang dilapisi Corning Gorilla Glass 5, pemproses MediaTek Helio P70, bateri berkapasiti 4,020mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit namun ianya hadir dengan slot microUSB.

Oppo F11 akan ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM dengan 128GB memori dalaman.

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F11 turut hadir dengan kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .

Kamera ini hadir dengan sokongan pengambilan gambar waktu malam Ultra Night, pengesan adengan AI,  Color Mapping dan tidak lupa kamera selfie 16MP f/2.0.

Selain itu, Oppo F11 juga hadir dengan ColorOS berasaskan Android Pie, mod Hyper boost, sokongan dwi-SIM nano, Bluetooth 5.0 dan sensor capjari dibelakang.

BELI Oppo F11 melaui stor rasmi Oppo di Shopee

 

Oppo Reno akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei ini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.