Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro versi 6GB RAM + 128GB memori tiba di Malaysia 1 Mei pada harga RM 1,299

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Oppo F11 Pro versi 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman akan ditawarkan di pasaran tempatan mulai esok 1 Mei 2019.

Menariknya Oppo F11 Pro dengan dua kali ganda kapasiti akan ditawarkan pada harga yang sama seperti versi 64GB iaitu hanya RM 1,299.

Kapasiti 128GB memori dalaman adalah sama seperti Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers yang kini dibuka untuk tempahan dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja.

Selain itu, Oppo F11 Pro versi 6GB+64GB masih ditawarkan iaitu pada harga penjualan yang sama namun anda akan menerima tambahan satu tahun waranti dan satu tahun waranti skrin secara percuma.

Pembelian Oppo F11 Pro versi 6GB RAM/128GB ini boleh dibuat melalui semua saluran pembelian yang sah mulai 1 Mei 2019.

Spesifikasi Oppo F11 Pro adalah seperti berikut

  • skrin paparan ‘panoramic’ IPS LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.9%
  • pemproses MediaTek Helio P70.
  • bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0
  • kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .
  • kamera selfie 16MP f/2.0 yang hadir dengan mekanisma pop-up.
  • ColorOS 6 dengan Android Pie
  • Slot microSD

Oppo F11 Pro edisi terhad Marvel’s Avengers dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

Telefon Xiaomi Redmi dengan kamera selfie pop-up bakal dilancarkan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.