Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri telefon pintar Oppo Reno disahkan memasuki pasaran Malaysia

Oppo ini telah memperkenalkan siri Oppo Reno ke pasaran China dan Eropah sebelum ini dan kini Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan turut memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Oppo Reno adalah siri telefon pintar kelas flasghip yang akan menggantikan siri Oppo R dan duduk dibawah siri Oppo Find.

Bagi pasaran Malaysia, Oppo dijangka akan memperkenalkan dua model didalam siri Reno iaitu Oppo Reno dan Oppo Reno edisi 10x Zoom.

Kami sebelum ini telah menguji teknologi kamera Oppo Reno 10x Zoom dan ternyata ianya mempunyai kebolehan untuk menjadi tetapan zoom terbaik di pasaran.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Buat masa ini Oppo belum memberikan tarikh akan bila pelancaran siri Oppo Reno ini akan diadakan di Malaysia namun ianya dijangka akan berlangsung bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.