b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi Huawei Mate 30 Pro telah didedahkan

Spesifikasi Huawei Mate 30 Pro telah didedahkan 1

Spesifikasi Huawei Mate 30 Pro telah didedahkan.

Walaupun baru sahaja selesai melancarkan siri Huawei P30, syarikat ini nampaknya telah mula mengorak langkah didalam pembangunan satu lagi siri flagship Huawei iaitu Siri Mate.

Tahun 2019 akan menyaksikan Mate 30 dan Mate 30 Pro diperkenalkan dan kita kini telah menerima laporan awal mengenai spesifikasi telefon pintar ini.

Menurut sumber dalaman, Huawei Mate 30 Pro dijangka akan hadir dengan beberapa penambahbaikan apabila dibandingkan dengan Mate 20 Pro mahupun P30 Pro.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Pada bahagian skrin, Huawei Mate 30 Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.71-inci yang dibekalkan oleh BOE dan ianya turut mempunyai sensor capjari terbina pada skrin.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, telefon pintar siri Mate akan menerima cip pemproses yang baru dan Siri Mate 30 dijangka akan hadir dengan pemproses 7nm Kirin 985 yang akan turut hadir didalam satu varian dengan modem 5G Balong 5000.

Kamera pada bahagian belakang Mate 30 Pro adalah 4 dengan sensor yang digunakan lebih kurang sama seperti pada P30 Pro namun tidak dapat dipastikan samada lensa periskop dengan 5x zoom optik akan disertakan ataupun tidak.

Huawei Mate 30 Pro dijangka akan memiliki bateri berkapasiti 4,200mQh dengan sokongan pengecasan pantas Huawei 55W, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan ‘reverse’ pada kadar 10W (P30 Pro memiliki pengecasan ‘reverse’ pada kadar 5W sahaja).

Huawei dijangka akan memperkenalkan siri Huawei Mate 30 pada bulan Oktober 2019.

sumber

harimaubet666.com