Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor 20 Lite – telefon pintar tri-kamera pertama Honor dengan harga RM 949 sahaja

Pengenalan

Honor 20 Lite yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan 3 sensor kamera dibelakang.

Walaupun hadir dengan reputasi ini, Honor 20 Lite telah diklasifikasikan sebagai telefon pintar kelas pertengahan dengan harga penjualan kurang dari RM 1,000.

Dengan reka bentuk panel belakang yang premium selain teknologi kamera belakang dan kamera selfie yang terkini, Honor 20 Lite mempunyai resepi untuk menjadi satu lagi kisah gembira bagi Honor di Malaysia.

Berikut adalah ulasa Honor 20 Lite yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 949 sahaja.

Reka bentuk

Bercakap sahaja mengenai reka bentuk, Honor boleh dikatakan antara jenama telefon pintar yang mempunyai reputasi yang baik dalam menawarkan reka bentuk yang premium atau nampak ‘premium’ tidak kira berapa harga penjualan telefon pintar tersebut.

Honor 20 Lite juga tergolong sebagai antara telefon pintar yang menerima perhatian khas dari segi reka bentuk panel belakang.

Honor 20 Lite hadir dengan reka bentuk panel belakang gradiasi dengan kesan optikal 3D yang sangat berkilau dan premium.

Panel belakang ini juga mempunyai sisi yang melengkung dan ini memudahkan untuk peranti dicengkam walaupun tanpa sebarang bekas silikon.

Walaupun hadir dengan kemasan berkilau gradient, panel belakang Honor 20 Lite ini masih plastik dan terdapat logo Honor didalam font tulisan yang baru.

Panel hadapan menyaksikan Honor menggunakan resepi yang sediada dan terbukti popular iaitu reka bentuk skrin dengan takukan water-drop yang menempatkan kamera selfie.

Ini memberikan Honor 20 Lite yang memiliki skrin paparan 19:5:9 berukuran 6.21-inci dengan nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 90+%.

Honor 20 Lite masih mengekalkan penawaran bicu audio 3.5mm, grill pembesar suara dibahagian bawah dan slot pengecasan USB.

Skrin Paparan

Honor 20 Lite hadir dengan skrin paparan LTPS LCD berukuran 6.21-inci iaitu dengan nisbah 19:5:9 yang mempunyai resolusi 1080p+.

Resolusi 1080p kini boleh dianggap sebagai keperluan minima sesuatu telefon pintar yang dilancarkan dan ianya mempunyai kepadatan piksel 415ppi.

Honor 20 Lite ini juga hadir dengan mod penjagaan mata yang telah mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland..

Selain itu, Honor 20 Lite juga hadir dengan satu perisian berasakan AI yang mana warna pada skrin lebih terang apabila video dimainkan.

Pemproses

Honor 20 Lite hadir dengan pemproses keluaran mereka yang tersendiri iaitu Kirin 710 yang dikatakan mempunyai kebolehan untuk bersaing dengan pemproses kelas pertengahan daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 660.

Ianya hadir dengan proses 12nm yang mampu menawarkan prestasi pemprosesan yang efisen dan boleh dipercayai.

Kami telah menguji pemproses Kirin 710 ini pada banyak telefon pintar Honor (Honor 8X dan Honor 10 Lite) dan ianya terbukti mampu memberikan prestasi dan kuasa pemprosesan yang setimpal dengan harga penjualan.

Dengan pemproses Kirin 710 ini, ianya menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 75% apabila dibandingkan dengan pemproses Kirin 659 dan ini belum mengambil kira prestasi gaming yang dibantu dengan perisian GPU Turbo 2.0.

Honor 20 Lite ini dipadankan dengan 4GB RAM dan 128GB memori dalamaan.

Kamera

Honor 20 Lite merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan tiga sensor kamera dibahagian belakang.

Honor 20 Lite ini hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang adalah 24MP f/1.8 + 8MP f/2.4  120 daejah dan sensor 2MP yang dikhaskan untuk mengesan kedalaman.

Prestasi kamera belakang Honor 20 Lite membuatkan kami tertawan khususnya kebolehan mengambil gambar lensa lebar yang lebih luas dan memberikan prespektif dan dimensi penggambaran yang lain dari lain.

Walaubagaimanapun pengunaan sensor lebar ini harus sesuai dengan keadaan penggambar kerana ianya mungkin menyebabkan kesan gambar ‘fish-eye’.

Keterangan gambar yang diambil melalui kamera belakang Honor 20 Lite ini adalah tidak terlalu keterlaluan dan ianya hasil gambar terbaik boleh anda peroleh pada tahap harga ini.

Honor 20 Lite ini turut hadir dengan pelbagai fungsi kamera yang berasaskan AI dan yang palinh penting adalah Super Night Mode yang mana anda boleh mengambil gambar malam dengan cahaya dan warna yang lebih jelas dan sempurna.

Bercakap mengenai kamera selfie, Honor 20 Lite hadir dengan resolusi kamera selfie yang terbaik dipasaran iaitu 32MP.

Honor sangat yakin dengan kualiti gambar yang diambil melalui sensor kamera Honor 20 Lite dan mendakwa bahawa anda boleh mencetak poster berukuran 2.3 x 1.7m dengan hasil gambar yang sangat teliti dan beresolusi tinggi.

Bateri

Honor sekali lagi mengecewakan dibahagian ini apabila menggunakan teknologi USB 2.0 yang sudah kurang diminati pengguna.

Pengunaan USB-C pada telefon pintar yang mencecah harga hampir RM 1,000 ini sudah pastinya disambut baik.

Honor 20 Lite ini disertakan dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang mana pengecasan penuh akan mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit kerana tiada sebarang pengecasan pantas disertakan.

Kelemahan ini juga lebih terasa dengan jangka hayat bateri Honor 20 Lite yang tidak begitu baik namun pada tahap harga sekitar RM 949, anda harus mengorbankan beberapa ciri untuk menerima beberapa ciri yang lain.

Penutup

Honor sekali lagi telah membuktikan bahawa harga bukan penentu kebolehan telefon pintar dan anda boleh mendapatkan pelbagai ciri flagship pada telefon pintar yang mempunyai harga yang berpatutan.

Walaupun ditawarkan pada harga RM 949, Honor 20 Lite adalah telefon pintar yang lengkap dengan pelbagai teknologi terkini.

Walaubagaimanapun masih ada ruang untuk Honor memperbaiki kelemahan Honor 20 Lite ini pada model-model akan datang.

Gambar-gambar yang diambil melalui Honor 20 Lite

Comments

comments