Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan Vivo Y17 di buka – 3 kamera, bateri 5,000mAh, harga RM 999

 

Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Vivo Y17 kini telah dibuka untuk pra-tempahan di pasaran Malaysia namun harga penjualan belum diumumkan lagi.

Vivo Y17 menjadi telefon pintar pertama Vivo didalam siri Y untuk hadir dengan teknologi tri-kamera AI dan tidak lupa juga bateri berkapasiti 5,000mAh.

Vivo Y17 ini juga hadir dengan skrin paparan Halo FullView FHD+ berukuran 6.35-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 89%, pemproses MediaTek MT6765, 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo Y17 juga hadir dengan tetapan kamera utama 13MP+ sensor lensa lebar 8MP+ sensor depth 2MP dan kamera selfie 20MP.

Vivo Y17 ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah dan bagi anda yang membuat pra-tempahan, anda akan menerima tambahan waranti selama enam bulan, enam bulan waranti skrin retak dan speaker Bluetooth mini.

Harga penjualan Vivo Y17 ini adalah RM 999 dan peranti dijangka akan mula dihantar kepada pembeli mulai 13 Mei 2019

pra-tempah Vivo Y17 melalui Lazada Malaysia di SiNi

Vivo V15 Terbukti Mampu Digunakan Sebagai Peranti Fotografi Utama Ketika Bercuti

Kamera lensa super-wide AI Vivo V15 Pro menawarkan anda potensi penggambaran yang lebih luas

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.