Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 Terbukti Mampu Digunakan Sebagai Peranti Fotografi Utama Ketika Bercuti

Sebagai seorang pengguna setia telefon pintar Vivo, Wisely Chee telah berkongsi koleksi gambar menarik yang diambil oleh beliau ketika percutian yang 100% menggunakan teknologi kamera Vivo V15.

Teknologi tri-kamera AI membolehkan anda mengambil gambar seperti seorang profesional dengan kamera utama Vivo V15 yang memiliki 24 juta unit fotosensitif

Kamera ini juga memilik sensor 1/2.8-inci dengan aperture f/1.78, 1.28um×1.28um piksel dan pemfokusan Dual Pixel yang membolehkan setiap ketikan gambar adalah sangat terang dan beresolusi tinggi seperti yang diambil oleh Wisely.

Waktu dimana percutian mesti diiringi dengan kamera DSLR yang berat sudah semakin hanyut ditelan zaman sama seperti pengunaan gulung filem yang memerlukan anda menghantar gambar tersebut untuk dicuci sejak era kamera digital.

Namun dengan Vivo V15, anda juga boleh menyimpan kamera digital yang membebankan ini dirumah.

Wisely mendakwa, kebanyakkan mereka yang bercuti tidak lagi membawa kamera digital dan penggambaran kini dilakukan sepenuhnya melalui kamera telefon pintar yang semakin canggih setiap tahun dan Vivo V15 adalah salah satu model yang membawa fotografi ke tahap yang baru.

Dengan gandingan satu sensor lensa super lebar AI 8MP dan kamera kedalaman 5MP, Vivo V15 membantu anda menyimpan detik-detik indah tanpa memerlukan sebarang pengeditan secara manual kerana Vivo V15 akan melakukanya secara automatik.

Peminat Vivo seperti Wisely secara kerap berkongsi gambar terbaru yang ambil beliau pada grup Facebook yang ditubuhkan oleh mereka dan gambar-gambar yang dikongsi tidak kurang hebatnya.

Wisely merupakan seorang yang kerap mengembara dan akan merekod setiap detik indah ketika percutian melalui akaun sosial media beliau menggunakan Vivo V15 dan Vivo X9 Plus.

Untuk melihat lebih banyak koleksi gambar yang telah diambil Wisely anda boleh lihat di sini atau di akaun Facebook peribadi beliau di > www.facebook.com/wisely.chee

Pengguna telefon pintar Vivo di Malaysia juga digalakkan untuk menyertai group Facebook Vivo Fan Group dengan menekan pautan dibawah :

https://www.facebook.com/groups/vivoSmartPhoneForumMalaysia

Vivo V15 dengan kamera selfie pop-up 32MP kini dibuka untuk tempahan pada harga RM 1,399

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.