Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 akan hadir dengan kerjasama Moschino

Honor 20 akan hadir dengan kerjasama Moschino

Susulan daripada pengumuman bahawa pelancaran siri Honor 20 yang akan diadakan di Londo pada 21 Mei, Honor kini telah mengumumkan koloborasi dengan jenama fesyen terkemuka iaitu Moschino.

Kerjasama Honor dan Moschino bukanlah sesuatu yang baru kerana syarikat ini telah berkejasama sebelum ini pada Honoe View20 yang mana Moschino yang menentukan skema warna bagi edisi biru ‘phantom’.

Dengan betujuan untuk mendekatkan jurang antara fesyen dan teknologi, Honor juga telah mengumumkan kerjasam dengan satu lagi jenama fesyen terkemuka iaitu AAPE by A Bathing Ape yang diumumkan ketika pelancaran Honor 20 Lite di China baru-baru ini.

Honor 20 Lite dengan kamera selfie 32MP mula dijual di Malaysia pada 24 April dengan harga RM 949

Dengan misi untuk membawa komuniti menerapkan cara pemikiran kreativiti dan citarasa fesyen melalui inovasi teknologi, Honor juga telah mengumumkan peraduan mencari Honor Chief Fashion Officer yang akan turut menghadiri pelancaran siri Honor 20 di London pada 21 Mei ini.

Segala teka teki mengenai Honor 20 akan kita ketahui pada 21 Mei nanti.

Honor 20 dengan teknologi 4-kamera akan dilancarkan pada 21 Mei 2019

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.