Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 dengan teknologi 4-kamera akan dilancarkan pada 21 Mei 2019

Honor 20 dengan teknologi 4-kamera akan dilancarkan pada 21 Mei 2019 1

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Honor 20 akan dilancarkan diperingkat global pada 21 Mei 2019 dan akan berlangsung di Kota London, United Kingdom

Walaupun tidak memberikan tarikh pelancaran secara spesifikC, Honor Malaysia telah menghantar satu soalan matematik yang memberikan jawapan 521 merujuk kepada bulan dan tarikh pelancaran telefon pintar Honor ini.

Selain itu, Honor dijangka akan melancarkan beberapa model Honor 20 dan petunjuknya adalah dengan mengelar majlis pelancaran ini sebagai majlis pelancaran siri Honor 20 dan bukanya majlis pelancaran Honor 20.

Honor 20 dengan teknologi 4-kamera akan dilancarkan pada 21 Mei 2019 2

Selain itu, Honor 20 dikatakan akan memiliki tetapan 4 kamera dibelakang yang sama seperti Huawei P30 Pro dan ini tidak menghairankan memandangkan kedua-dua syarikat ini sentiasa berkerjasama didalam menawarkan teknologi yang sama.

Persoalan di sini adalah, adakah Honor akan tutur memperkenalkan Honor 20 dan Honor 20 Pro seperti Huawei yang melancarkan dua telefon pintar flagship didalam siri P.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran Honor 20 ini bulan hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.