Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apa yang ada dalam kotak Oppo F11 Pro edisi Marvels Avengers

Oppo F11 Pro edisi terhad Marvel’ Avengers akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 April ini dan pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang istimewa sangat dengan Oppo F11 Pro edisi Avengers ini.

Oppo F11 Pro edisi Marvels Avengers ini nampaknya akan hadir didalam kotak pembungkusan khas Avengers berwarna hitam dan didalam kotak ini terdapat beberapa aksesori yang menarik .

Oppo F11 Pro edisi Marvels Avengers ini akan hadir dengan sijil koleksi Avengers, bekas berwarna biru dengan logo Captain America dibelakang dan panel Oppo F11 Pro berwarna biru yang hadir dengan ukiran logo Avengers.

Selain itu, terdapat juga satu lagi logo Avengers di bahagian atas kamera.

Bercakap mengenai kable dan plak pengecasan Oppo F11 Edisi Marvel’s Avengers ini, ianya sama seperti versi biasa dan bagi pasaran Malaysia kita akan menerima plak Oppo VOOC 3-pin dan bukanya 2-pin seperti pada gambar.

Bercakap mengenai bahagian dalaman, Oppo F11 Pro dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti F11 Pro edisi biasa namun akan disertakan dengan satu UI bertemakan Avengers.

Harga penjualan dan maklumat rasmi mengenai Oppo F11 Pro edisi Marvels Avengers ini akan kami dedahkan kepada anda didalam masa 2 hari sahaja lagi.

Pelancaran Oppo F11 Pro edisi Avengers ini akan dilakukan pada hari sama tayangan Avengers : End Game dimulakan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.