Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April

Semakin kita menghampiri hari tayangan cerita adiwira yang di tunggu-tunggu tahun ini, bahang cerita Marvel’s Avengers : End Game ini dihangatkan lagi dengan pengumuman Oppo F11 Pro edisi khas Avengers akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada 24 April ini.

Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers ini akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April dan pada hari yang sama penjualan juga akan bermula (mungkin jam 9 pagi).

Oppo F11 Pro ini dilihat akan hadir dengan beberapa ciri khas seperti tema, wallpaper dan logo Marvel di panel belakang.

Buat masa ini harga penjualan Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers  masih belum diumumkan namun segala maklumat mengenai telefon pintar ini akan kami dedahkan pada 24 April ini.

Bercakap mengenai Oppo F11 Pro edisi khas ini, ianya memiliki kamera utama 48MP + 5MP yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja.

Antara spesifikasi utama Oppo F11 Pro adalah skrin paparan LTPS IPS berukuran 6.53-inci, pemproses MediaTek Helio P70, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0.

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa harga penjualan Oppo F11 Pro edisi Avengers End Game ini akan diumumkan pada 24 April ini.

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.