Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Lite dengan kamera selfie 32MP mula dijual di Malaysia pada 24 April dengan harga RM 949

Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan  telefon pintar tri-kamera pertama syarikat ini iaitu Honor 20 Lite ke pasaran tempatan.

Honor 20 Lite yang juga dikenali sebagai Honor 10i di beberapa pasaran lain akan mula dijual pasaran Malaysia mulai 24April dengan harga penjualan RM 949 sahaja dan secara eksklusif di Shopee dan Hihonor sahaja.

Honor 20 Lite ini dilancarkan selang beberapa minggu selepas pelancaran Honor 8C.

Honor 20 Lite ini hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang adalah 24MP f/1.8 + 8MP f/2.4 dan 2MP sensor mengesan kedalaman dengan kamera selfie 32MP.

Selain dari itu, Honor 20 Lite mempunyai spesifikasi yang diwarisi dari Honor 10 Lite iaitu skrin paparan 6.21-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Kirin 710, GPU Turbo 2.0, bateri berkapasiti 3,400mAh dan EMUI 9 yang berasaskan Android Pie.

Honor 20 Lite juga akan hadir dengan tetapan 4GB RAM dan 128GB memori dalaman yang mana konfigurasi ini tidak ditawarkan pada Honor 10 Lite.

Honor 20 Lite akan ditawarkan didalam dua pilihan warna gradiasi iaitu biru phantom dan merah phantom dan harga penjualan adalah RM 949.

Shopee  dan Honor akan turut menganjurkan  Super Brands Day yang akan berlangsung dari 20 hingga 26 April 2019 dengan pelbagai diskaun menarik bagi pembelian produk Honor.

500 pembeli pertama Honor 20 Lite di Shopee akan menerima beg Nike dan Shopee Coin bernilai RM 30 manakala 1,000 pembeli berikut akan menerima kotak hadiah Honor dan Shopee Coin bernilai RM 30.

Selain itu, 50 pembeli pertama di Hihonor pula akan menerima kotak hadiah Honor sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.