harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar dengan skrin boleh lipat Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Mei 2019

Telefon pintar dengan skrin boleh lipat Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Mei 2019 1

ketika pelancaran generasi ke-10 telefon pintar Galaxy S, Samsung juga telah memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama didunia iaitu Galaxy Fold.

Ketika pelancaran, Samsung berkata Galaxy Fold yang menawarkan fungsi telefon pintar dan tablet ini akan memasuki pasaran sekitar bulan April 2019 iaitu bagi pasaran utama dunia.

Walaupun begitu, Samsung Mobile Malaysia telah menghantar satu peringatan ‘save the date’ bagi pelancaran Galaxy Fold di Malaysia akan berlangsung pada 3 Mei 2019.

winner78

Terus kepada spesifikasi, Samsung Galaxy Fold hadir dengan dua panel skrin iaitu satu panel skrin luaran berukuran 4.6-inci manakala pada bahagian dalaman satu lagi skrin yang boleh dilipat dengan ukuran 7.3-inci (skrin paparan Infintity Flex )

App Continuity juga membolehkan anda ‘memindahkan’ ekosistem aplikasi anda dari skrin kecil kepada skrin besar secara terus menerus apabila lipatan dibuka dan Samsung telah berkerjasama dengan Google dan pembangun aplikasi Android untuk menjadikan ciri ini lebih sempurna.

Dengan skrin yang besar, Samsung Galaxy Fold turut menawarkan pembukaan tiga aplikasi secara serentak dan WhatsApp, Microsoft Office dan YouTube Premium akan menyokong mod ini dari kotak.

Samsung Galaxy Fold ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, 12GB RAM, 512GB memori simpanan dalaman (UFS 3.0), bateri berkapasiti 4,380mAh.

Samsung Galaxy Fold juga hadir dengan 6 kamera dimana 3 kamera terletak dibahagian belakang, 1 pada bahagian hadapan dan 2 dibahagian sisi yang menjadikan tidak kira bagaimana anda menggunakan Galaxy Fold ini, fotografi tidak akan menjadi isu yang sukar.

Samsung Galaxy Fold akan mula memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 26 April ini harga penjualan $1,980 (RM 8,075) manakala di pasaran Eropah ( mulai 3 Mei serentak dengan pelancaran di Malaysia) ianya akan ditawarkan pada harga €2,000 (RM 9,251) .

Penawaran Galaxy Fold di Malaysia membuktikan bahawa Samsung mempunyai keyakinan Galaxy Fold akan mendapat sambutan di Malaysia.

Telefon pintar dengan skrin boleh lipat Samsung Galaxy Fold akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Mei 2019 2

harimaubet