Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia umumkan pemenang Honor My Idol yang akan menjadi duta rasmi telefon pintar terbaru Honor

Mempunyai seorang duta bagi mempromosikan produk atau sesuatu model telefon pintar sudah menjadi satu kemestian dan Honor Malaysia tidak ketinggalan didalam hal ini.

Walaubagaimanapun Honor sentiasa berfikir diluar kotak didalam perkara ini dan ianya terbukti apabila Honor menjadi syarikat telefon pintar pertama untuk melantik kucing sebagai duta rasmi iaitu bagi Honor 8C dan ianya dikenali sebagai Catbassador.

Honor kini telah melantik satu lagi duta melalui pencarian Honor My Idol yang melibatkan pelajar universiti terkemuka di Malaysia dan pemenang pertandingan ini telah diumumkan dan diperkenalkan kepada pihak media.

Melalui jelajah kampus yang telah menerima hampir 500 penyertaan , Honor telah menobatkan Nga Shu Xian dari kolej universiti Tunku Abdul Rahman sebagai pemenang Honor My Idol dan akan menjadi duta ‘muda’ telefon pintar terbaru Honor yang akan dilancarkan pada 17 April ini.

Dengan kemenangan ini, Nga membawa pulang satu unit Honor 10 Lite dan wang tunai bernilai RM 3,000 berserta trofi dan akan menjadi wajah yang menghiasi bahan media promosi bagi telefon pintar terbaru Honor.

Naib juara dan tempat ketiga pertandingan Honor My Idol ini adalah Clanie Foo Wai dan Hee Wen Qi yang membawa pulang Honor 10 Lite, Honor Band 4 Running dan trofi setiap seorang.

Hadiah sagu hati pula telah dimenangi oleh Lim Wen Qi dan Yasmin Izureen binti Ibrahim yang menerima satu unit Honor Band 4, pembesar suara Bluetooth Honor dan trofi setiap seorang.

Comments

comments