Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lifeproof melancarkan bekas pelindung tahan lasak bagi siri Galaxy S10 pada harga serendah RM 259 sahaja

Lifeproof melancarkan bekas pelindung tahan lasak bagi siri Galaxy S10 pada harga serendah RM 259 sahaja

Lifeproof telah mengemaskini portfolio produk mereka dan telah mula menawarkan bekas perlindungan bagi tiga telefon pintar terbaru Samsung iaitu Galaxy S10, Galaxy S10e dan Galaxy S10+.

Bekas perlindungan Lifeproof bagi Galaxy S10, Galaxy S10e dan Galaxy S10+ ini hadir didalam dua  siri iaitu NËXT dan FRĒyang mana ianya mempunyai tahap perlindungan yang berbeza-beza.

Lifeproof NËXT pula adalah bekas yang menawarkan perlindungan dari kejatuhan setinggi 2M, mempunyai penutup bagi kesemua port, menyingkirkan kemungkinan dimasuki kotoran, habuk, salji dan serpihan.

Lifeproof NËXT kini ditawarkan untuk ketiga-tiga model siri Galaxy S10 dengan harga penjualan RM 259 bagi Galaxy S10 dan Galaxy S10e manakala bagi Galaxy S10+ ianya hadir dengan harga penjualan RM 299.

Lifeproof FRĒ pula adalah bekas yang menawarkan perlindungan maksima selain memberikan telefon pintar anda kemungkinan untuk digunakan didalam air sehingga 1 jam (pada kedalaman 2 meter), kejatuhan setinggi 2 meter, perlindungan 360 darjah dan dengan skrin terbina.

Lifeproof FRĒ akan ditawarkan di pasaran tidak lama lagi dengan harga penjualan RM 329 bagi model Galaxy S10 dan Galaxy S10e manakala bagi Galaxy S10+ ianya ditawarkan pada harga RM 359.

Perkakas Lifeproof juga boleh dibeli secara atas talian di https://www.lifeproof.asia

Ulasan ringkas bekas Lifeproof NËXT

Kami telah menerima unit reviu bekas siri Samsung Galaxy S10 NËXT dan ini adalah ulasan kami mengenai perkakas ini.

Lifeproof menawarkan bekas siri NËXT bagi ketiga-tiga model Galaxy iaitu Galaxy S10, Galaxy S10e dan Galaxy S10+.

Siri NËXT adalah bekas premium yang menawarkan perlindungan sepenuhnya kepada peranti anda namun tiada sebarang perlindungan pada permukaan hadapan. 

Panel belakang adalah plastik berkualtii yang lutsinar selain panel sisi yang sedikit lembut dan hadir didalam pelbagai warna yang boleh dipilih mengikut citarasa anda.

Pada pendapat kami, bekas ini mempunyai profil yang kecil dan ini memudahkan anda menyimpan peranti didalam poket tanpa sebarang isu.

Selain itu, semua slot dan butang juga terlindung dari sebarang risiko memasuki habuk atau calar namun pembersihan kerap harus dilakukan.

Kami tidak melakukan sebarang ‘drop-test’ atau ujian jatuhan namun dengan melihat pada kualiti bekas pelindung NËXT ini kami yakin dakwaan Lifeproof yang mengatakan ianya mampu bertahan jatuhan dari ketinggian 2M adalah benar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.