Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo APEX 2019 – apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini

Vivo APEX 2019 - apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini 1

Vivo Malaysia telah mengadakan previu khas telefon pintar konsep Vivo APEX 2019 hari ini dan ianya telah memberikan kami peluang untuk melihat sendiri dengan mata kasar kami telefon pintar unit ini.

Berikut adalah ciri-ciri menarik Vivo APEX 2019

Vivo APEX 2019 - apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini 2

Reka bentuk Super Unibody

APEX 2019 hadir reka bentuk super unibodi yang permukaan melengkung tanpa sebarang butang fizikal yang digantikan dengan teknologi Touch Sense.

Butang fizikal ini telah digantikan dengan sesentuh kapasitif dan sensor tekanan yang lebih futuristik dan menampilkan reka bentuk yang lebih kemas.

Vivo APEX 2019 - apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini 3

Teknologi pengesan capjari ‘Full-Display’

Vivo APEX membawa teknologi pengesan capjari pada skrin ke tahap yang baru kerana anda kini boleh meletakkan jari anda di mana-mana bahagian skrin untuk membuka telefon pintar anda.

Teknologi pengesan capjari ini juga lebih efektif dengan bantuan fungsi Vivo Fingerprint Light.

Pengunaan sensor yang lebih besar juga membolehkan keselamatan pengguna terjamin, pengguna boleh terus meletakkan capjari pada aplikasi tersebut untuk membuka dan mendapat akses terus ke aplikasi tersebut.

Vivo APEX 2019 - apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini 4

Telefon pintar 5G pertama Vivo

Vivo APEX 2019 merupakan telefon pintar pertama Vivo untuk hadir dengan sokongan rangkaian 5G yang akan menawarkan pengalaman tontonan video, cloud gaming dan pelayaran internet yang lebih baik.

APEX 2019 memiliki pemproses Snapdragon 855, 12GB RAM, 256GB memori dalaman dan bantuan suara AI Jovi.

Vivo APEX 2019 - apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini 5

Pengecasan menggunakan MagPort

Vivo APEX 2019 hadir tanpa sebarang lubang pada peranti yang pasti menimbulkan persoalan bagaimana pengecasan akan dilakukan.

Vivo telah menyelesaikan masalah ini dengan pengecasan magnetik MagPort yang mana anda hanya perlu melekapkan pada bahagian belakang.

Ianya hadir dengan sokongan pengecasan pantas 40W yang dicaj melalui cable USB-C (bateri berkapasiti 4,000mAh dikatakan akan disertakan).

Vivo APEX 2019 - apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini 6

Vivo APEX 2019 adalah telefon pintar konsep yang tidak akan memasuki pasaran didalam masa terdekat namun kita mungkin menyaksikan telefon pintar ini memasuki pasaran pada tahun 2020 yang mana dengan perubahan dan penambahbaikan mengikut keadaan semasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.