Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo APEX 2019 akan membuat penampilan di Malaysia minggu ini

Vivo APEX 2019 akan membuat penampilan di Malaysia minggu ini 1

Telefon pintar konsep Vivo APEX 2019 yang dilihat mempunyai resepi yang mencukupi untuk mengubah industri telefon pintar akan hadir ke pasaran Malaysia minggu ini melalui satu previu khas kepada media tempatan.

Walaupun masih sebagai model konsep, Vivo APEX 2019 mungkin mengikut jejak langkah Vivo APEX 2018 (dipasaran sebagai Vivo NEX) dengan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Vivo APEX 2019 akan membuat penampilan di Malaysia minggu ini 2

Bercakap mengenai reka bentuk, Vivo mengelar reka bentuk APEX 2019 sebagai reka bentuk super unibodi dengan permukaan melengkung tanpa sebarang butang fizikal yang digantikan dengan teknologi Touch Sense.

Selain itu, Vivo APEX 2019 juga kehilangan gril pembesar suara dan gril suara panggilan dan digantikan dengan teknologi Body SoundCasting yang mengeluarkan bunyi dengan penghasilan gegaran pada skrin.

Vivo APEX 2019 akan membuat penampilan di Malaysia minggu ini 3

Selain itu, Vivo APEX 2019 juga akan menggunakan teknologi MagPort untuk pengecasan dan perkongsian data.

Selain itu, sensor capjari terbina pada skrin yang mempunyai permukaan pengesanan yang lebih luas dan ianya dikenali sebagai teknologi Fingerptint Light.

Selain itu, Vivo APEX 2019 akan hadir dengan kamera utama 12MP + 13MP, pemproses Qualcomm Snapdragon 855, 12GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman dan akan menjadi telefon pintar pertama Vivo yang menyokong rangkaian 5G.

Vivo APEX 2019 akan membuat penampilan di Malaysia minggu ini 4

Apa yang menarik adalah, Vivo yang terkenal sebagai raja selfie nampaknya tidak menyertakan sebarang sensor kamera selfie pada model konsep ini, namun versi akhir telefon pintar ini mungkin menyaksikan kamera selfie disertakan.

Majlis previu media akan berlangsung esok dan segala laporan lanjut mengenai telefon pintar ini akan kami berikan kepada anda selepas selesai majlis itu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.