Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Roadshow Realme 3 akan berlangsung pada 6 dan 7 April dengan pelbagai hadiah menarik

Roadshow Realme 3 akan berlangsung pada 6 dan 7 April dengan pelbagai hadiah menarik 1

Realme 3, telefon pintar terbaru Realme di Malaysia telah mula dijual pada 27 Mac yang lalu iaitu sempena penjualan khas Lazada dan seperti diduga telah mendapat sambutan luar biasa.

Realme Malaysia telah mengesahkan bahawa 2,000 unit Realme 3 telah berjaya dijual dan akan mengadakan satu lagi penjualan khas pada 4 April ini bagi memberikan peluang untuk memiliki telefon pintar ini pada harga promosi iaitu hanya RM 549.

Walaubagaimanapun, Realme kini telah mengesahkan dua lokasi roadshow penjualan Realme 3 yang akan berlangsung pada 6 dan 7 April ini di stor imej Realme Sunway Pyramid dan Sunway Velocity Mall (tingkat 3) iaitu dari 1 petang sehingga 9 malam.

Baca : Ulasan Realme 3

Di roadshow ini, Realme 3 akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 3GB/32GB pada harga RM 599 dan 4GB/64GB pada harga RM 699 dengan ketiga-tiga warna akan ditawarkan (setiap pembelian akan turut menerima bekas Realme).

Sebagai ganjaran bagi membeli di roadshow ini, Realme akan menawarkan pelbagai hadiah percuma termasuk beg galas Realme, botol air Realme dan fon telinga Realme namun didalam kuantiti terhad.

Selain itu, Realme akan turut menganjurkan beberapa pertandingan permainan video yang membolehkan anda memenangi wang tunai yang lumayan antaranya adalah PUBG, Mobile Legend, Asphalt dan game mini.

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.