Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 1

Xiaomi Mi 9 yang merupakan telefon pintar pertama Xiaomi dengan teknologi tiga kamera kini telah dibuka untuk tempahan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999.

Directd telah membuka pra-tempahan bagi Mi 9 ini dan ianya akan ditawarkan didalam satu kapasiti sahaja iaitu 6GB RAM + 128GB memori simpanan dalaman.

Tempah Mi 9 melalui Directd di SiNi

Xiaomi Mi 9 hadir dengan skrin paparan Waterdrop Super AMOLED 1080p+ berukuran 6.39-inci yang hadir dengan nisbah skrin kepada badan 90.7% yang mempunyai kecerahan maksima 600nits.

Skrin ini turut hadir dengan mod gelap yang mampu menjimatkan bateri sehingga 84% dan mod always on yang kini mempunyai warna.

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 2

Panel hadapan Xiaomi Mi 9 hadir dengan perlindungan gelas keselamatan Corning Gorilla 6 manakala pada panel belakang ianya hanya hadir dengan panel gelas Corning Gorilla 5 manakala setiap lensa kamera hadir dengan gelas sapphire.

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 3

Xiaomi Mi 9 hadir dengan sensor utama 48MP Sony IMX586 yang hadir dengan teknologi Quad Bayer Filter + kamera lensa lebar 16MP dengan FOV 117° yang membolehkan anda mengambil gambar macro pada jarak hanya 4cm dan kamera telefon 2x 12MP dengan aperture f/2.2. ( tempat ketiga di rangking DxOMark dengan 107 mata).

Mi 9 juga hadir dengan kamera selfie 20MP dan dibeberapa pasaran akan turut hadir dengan sokongan pengecaman wajah berasaskan AI yang turut mempunyai fungsi untuk mengurangkan kekaburan ketika pengambilan gambar.

Selain itu, Xiaomi Mi 9 juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas yang dikenali sebagai Charge Turbo yang mampu mengecas peranti pada kadar 27W namun pada kotak pengecasan ianya hanya hadir dengan pengecas 18W.

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 4

Selain itu, terdapat juga sokongan pengecasan pantas sehingga 20W yang turut hadir dengan pengecas 27W dan pengecas tanpa wayar 20W pada kereta juga akan ditawarkan.

Teknologi pengecasan pantas Turbo Charge Xiaomi ini juga telah mendapat pensijilan TÜV namun sedikit mengecewakan adalah kapasiti bateri Mi 9 hanyalah 3,300mAh.

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 5

Xiaomi Mi 9 hadir dengan pemproses kelas flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855 dan ianya dipadankan dengan, memori simpanan dalaman128GB, mod Game Turbo untuk pengalaman gaming yang lebih lancar, sensor capjari terbina pada skrin, sokongan Google Pay melalui NFC, GPS dwi-frekuensi dan sensor IR.

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 6

Xiaomi Mi 9 kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,999 7

Xiaomi Mi 9  ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Biru laut dan Hitam piano dengan harga penjualan RM 1,999.

Xioami Mi 9 ini hadir dengan jaminan waranti rasmi satu tahun oleh Xiaomi Malaysia dan stok dijangka akan tiba pada bulan April 2019 (tempahan RM 200 sahaja).

Tempah Mi 9 melalui Directd di SiNi

Sebagai perbandingan, berikut adalah harga penjualan Mi 9 di China.

Xiaomi Mi 9 6GB/128GB – CNY 2,999 – RM 1,815
Xiaomi Mi 9 8GB/128GB – CNY 3,299 – RM 1,997
Xiaomi Mi 9 12GB/256GB – CNY 3,999 – RM 2,420

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.