harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 dan P30 Pro akan dilancarkan di Malaysia 2 pada April 2019

Huawei P30 dan P30 Pro akan dilancarkan di Malaysia 2 pada April 2019 1

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar siri Huawei P30 yang baru dilancarkan di Paris akan memasuki pasaran tempatan pada 2 April ini.

Huawei Malaysia telah menghantar jemputan media kepada kami dan pada pelancaran itu kita dijangka akan mengetahui maklumat harga, promosi roadshow dan tarikh penjualan di pasaran Malaysia ini.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro diumumkan secara rasmi dengan teknologi zoom persikop terbaik didunia

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Huawei dijangka akan membawa masuk Huawei P30 dan Huawei P30 Pro ke pasaran Malaysia namun kapasiti yang akan ditawarkan masih belum disahkan.

Setakat ini, Huawei telah mengesahkan bahawa roadshow Huawei P30 dan Huawei P30 Pro akan diadakan di 11 lokasi seluruh negara dan pembelian mana-mana model telefon pintar ini akan turut menerima Huawei Backup 1TB secara percuma.

Selain Huawei P30 dan Huawei P30 Pro, Huawei dijangka akan turut memperkenalkan beberapa peranti pemakaian pintar yang turut telah diperkenalkan di Paris tempoh hari.

Huawei P30 dan P30 Pro akan dilancarkan di Malaysia 2 pada April 2019 2

Antara peranti sampingan yang mungkin turut dilancarkan adalah Huawei FreeLace, Huawei Watch GT, Huawei FreeBuds Lite dan Powerbank Huawei 12000 40W SuperCharge.

harimaubet