Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Honor 8X kini lebih murah iaitu RM 849 sahaja

Harga penjualan Honor 8X kini lebih murah iaitu RM 849 sahaja 1

Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Honor 8X akan mula ditawarkan pada harga RM 849 sahaja iaitu RM 100 lebih murah berbanding harga asal.

Honor 8X merupakan antara telefon pintar Honor yang paling mendapat sambutan di Malaysia sejak pelancaranya pada bulan Oktober tahun lalu.

Harga penjualan Honor 8X kini lebih murah iaitu RM 849 sahaja 2

Bercakap mengenai spesifikasi, Honor 8X ini hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci yang memiliki nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 91%. Ianya adalah panel LTPS 19:5:9 yang memiliki kepadatan piksel 379ppi.

Honor 8X merupakan telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan pemproses Kirin 710 dan ianya dipadankan dengan 4GB RAM , 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Harga penjualan Honor 8X kini lebih murah iaitu RM 849 sahaja 3

Kamera 8X adalah 20MP f/1.8 + 2MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 16MP dengan aperture f/2.0

https://mobilefokus.com/2018/11/11/ulasan-honor-8x-lebih-banyak-ciri-ciri-telefon-pintar-flagship-pada-harga-rm-949/

Selain itu, Honor 8X ini turut hadir dengan EMUI 8.3 yang berasaskan Android Oreo, GPU Turbo, 4D Smart Shock dan sokongan tiga kad (2 SIM + 1 MicroSD).

Harga penjualan Honor 8X kini lebih murah iaitu RM 849 sahaja 4

Honor 8X ini ditawarkan didalam 4 warna iaitu phantom blue, hitam,biru dan merah.

Pembelian boleh dibuat di Hihonor dan semua rakan penjual sah produk Honor di Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.