Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1 akan terima ColorOS 6 dengan Android Pie sebelum Jun 2019

Susulan pelancaran telefon pintar terbaru Realme ke pasaran Malaysia iaitu Realme 3 yang akan mula dijual di pasaran tempatan pada 27 Mac ini dengan harga dari RM 599 sahaja.

Realme  juga telah menyatakan komitmen bahawa kesemua model telefon pintar Realme di Malaysia akan menerima kemaskini ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie tidak lama lagi.

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Realme Malaysia telah memberikan pengesahan ini di majlis pelancaran Realme 3 dan kemaskini sistem operasi yang baru ini dijangka akan selesai sebelum pertengahan tahun ini.

D

Ini bermaksud, Realme C1, Realme 2 dan Realme 2 Pro akan dinaik taraf ke sistem operasi Android Pie yang turut membawa ColorOS 6.

Dengan kemaskini terbaru ini, pengguna telefon pintar Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1 akan menerima beberapa ciri menarik antaranya adalah reka bentuk antaramuka yang mirip sistem operasi Android yang asli, mod kamera waktu malam night scape (Realme 2 Pro sahaja) , mod chroma boost dan banyak lagi.

Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April

Selain itu, Realme juga telah mengesahkan bahawa hampir 100,000 unit telefon pintar Realme telah dijual di Malaysia iaitu didalam masa beberapa bulan selepas syarikat ini memasuki pasaran Malaysia.

Ini memberikan Realme 3% penggangan pasaran telefon pintar Malaysia.

Pandangan pertama Realme 3 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.