Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada bulan April
Susulan pelancaran Realme 3, anak syarikat Oppo ini juga telah mengesahkan bahawa versi Pro telefon pintar Realme 3 akan turut diperkenalkan dan pelancaran rasmi Realme 3 Pro akan berlangsung pada bulan April.
Walaupun tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai Realme 3 Pro ini, ianya dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang mampu menyaingi Redmi Note 7 Pro.
Ini sedikit sebanyak memberikan kita petunjuk bahawa Realme 3 Pro setidak-tidaknya akan menyaingi spesifikasi Redmi Note 7 Pro dengan kamera utama 48MP, pemproses Snapdragon kelas pertengahan dengan kapasiti RAM dan memori dalaman yang sama atau lebih baik seperti yang ditawarkan pada Realme 2 Pro.
Selain itu, Realme 3 Pro mungkin turut hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh+ dengan sokongan pengecasan pantas dan pengecasan melalui slot USB-C juga satu kemungkinan.
Realme 3 Pro dijangka akan hadir dengan ColorOS berasaskan Android Pie dan harga penjualan Realme 3 Pro ini juga dijangka tidak jauh berbeza apabila dibandingkan dengan Redmi Note 7 Pro.
Realme 3 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bersama-sama Realme 3 bulan hadapan.