Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aeril Zafrel dilantik sebagai duta rasmi telefon pintar Redmi Note 7

Aeril Zafrel dilantik sebagai duta rasmi telefon pintar Redmi Note 7 1

Sedia maklum bahawa Redmi Note 7 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Mac ini dan syarikat ini nampaknya telah melantik seorang artis popular tempatan sebagai duta rasmi telefon pintar ini.

Ini merupakan pertama kali Xiaomi menggunakan khimat artis tempatan sebagai duta produk dan indentiti beliau masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Xiaomi Malaysia.

Walaubagaimanapun, berdasarkan video teaser di laman Facebook Mi Malaysia, kami boleh mengesahkan bahawa duta produk Redmi Note 7 adalah Aeril Zafrel yang merupakan nama yang tidak asing didalam dua hiburan tempatan.

Aeril Zafrel atau nama sebenar Suhairil Bin Sunari memiliki pengikut media sosial yang besar iaitu sebanyak 3.4 juta pengikut di akaun Instagram beliau.

Dengan kerjasama dan pelantikan Aeril Zafrel sebagai duta rasmi Redmi Note 7, telefon pintar ini dijangka akan mendapatkan pemasaran dan pendedahan yang lebih menyeluruh di Malaysia.

Aeril Zafrel dilantik sebagai duta rasmi telefon pintar Redmi Note 7 2

Selain Redmi Note 7, Mi Malaysia dijangka akan memperkenalkan beberapa produk lain pada majlis pelancaran yang sama (bukan telefon pintar).

Maklumat harga dan tarikh penjualan Redmi Note 7 akan kami umumkan pada 19 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.