Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 7 akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac ini

Sebelum ini kami telah mengesahkan bahawa Redmi Note 7 akan memasuki pasaranMalaysia bulan ini dengan jaminan waranti rasmi selama 18 bulan seperti di pasaran China.

Ini merupakan telefon pintar pertama Redmi selepas berpisah dari Xiaomi dan tampil sebagai jenama tersendiri (anak syarikat Xiaomi).

Redmi Note 7 ini hadir dengan sensor kamera 48MP ISOCELL Bright GM1 yang dilihat sebagai antara kelebihan yang dimiliki telefon pintar ini.

Redmi Note 7 ini juga hadir dengan skrin paparan waterdrop berukuran 6.3-inci, ianya adalah panel LCD yang memiliki resolusi FHD+ dengan nisbah skrin kepada rangka 84%.

Selain itu, Redmi Note 7 juga hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 660 berkelajuan 2.2GHz, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB (versi 6GB/64GB mungkin tidak ditawarkan di Malaysia).

Redmi Note 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 4 melalui slot USB-C. Ianya hadir dengan plak pengecasan 5V/2A.

Tarikan terbesar Redmi Note 7 ini adalah sensor kamera 48MP ini, ianya hadir dengan teknologi Quad-Bayer yang membolehkan penghasilan imej 12MP dengan 1.6 μm piksel dan real-time HDR.

Sensor ini turut dipadankan dengan satu unit kamera 5MP yang dikhususkan untuk tugas AI dan Portrait manakala kamera swafoto adalah unit 13MP.

Redmi Note 7 ini dijangka akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu biru, emas dan hitam.

Harga penjualan Redmi Note 7 di Malaysia masih belum diketahui namun harga bagi pasaran China adalah seperti berikut :

Redmi Note 7 3GB/32GB – CNY 999 – RM 602

Redmi Note 7 4GB/64GB – CNY 1,199 – RM 722.

Pendaftaran minat Redmi Note 7 Directd

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.