Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 dengan kamera selfie pop-up 32MP kini dibuka untuk tempahan pada harga RM 1,399

Ketika pelancaran Vivo V15 Pro beberapa minggu lalu, Vivo juga telah memperkenalkan Vivo V15 ke pasaran Malaysia namun maklumat harga dan tarikh penjualan tidak diumumkan ketika itu.

Walaubagaimanapun, Vivo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa tempahan bagi Vivo V15 yang lebih murah kini telah dibuka di stor rasmi Vivo di Lazada dengan harga penjualan RM 1,399.

Selain itu, dengan pengunaan kod LZDV15 , anda akan menerima tambahan diskaun RM 100 yang menjadikan harga akhir adalah RM 1,299 dan tidak setakat itu, anda juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 699 secara percuma (pembesar suara JBL dan kotak hadiah eksklusif).

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Vivo V15 hadir dengan saiz skrin paparan yang sama seperti V15 Pro iaitu FHD+ 6.53-inci namun hanya panel LCD, pemproses MediaTek Helio P70, 6GB RAM, 128GB storan dalaman, kamera selfie pop-up 32MP, tetapan tiga sensor kamera belakang iaitu 12MP+8MP+5MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 5V/2A.

Vivo V15 ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan merah dan peranti dijangka akan dihantar kepada pembeli pada 23 Mac.

Sebagai perbandingan Vivo V15 Pro hadir dengan harga penjualan RM 1,799.

Tempah Vivo V15 melalui Lazada di bawah :

https://s.lazada.com.my/s.oEiT

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.