FB, Instagram dan WhatsApp tidak dapat diakses oleh pengguna
Pengguna Facebook, Instagram Dan WhatsApp di seluruh dunia melaporkan bahawa mereka menghadapi masalah untuk mengakses akaun, melakukan posting dan pelbagai akvitivi lain pada.
Facebook yang merupakan pemilik kepada tiga platform media social ini telah mengesahkan bahawa mereka sedar akan masalah ini dan penyelesaian sedang diusahakan.
Menurut Downdetector, sebanyak 11,000 laporan mengenai masalah ini telah diterima dan ianya membabitkan segelintir pengguna di seluruh dunia.
Berdasarkan peta di Downdetector, pengguna di Malaysia juga melaporkan masalah yang sama untuk mengakses FB, Instagram Dan WhatsApp.
Kami secara peribadi menghadapi masalah untuk melakukan sebarang kemaskini di akaun Instagram sejak malam semalam manakala akaun Facebook kami juga mempunyai masalah yang serupa.
Walaubagaimanapun, akaun WhatsApp kami tidak terjejas.