Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Teknologi 10x Zoom Oppo Reno dibuktikan pada gambar teaser ini

Beberapa hari lalu, Oppo telah mengumumkan satu siri telefon pintar baru yang dikenali sebagai Reno.

Oppo kini telah mengeluarkan beberapa gambar teaser yang memberikan kita gambaran keupayaan sebenar teknologi’zoom loosless’10x yang dimiliki Oppo Reno.

Oppo telah menggunakan gambar yang diambil ditempat-tempat ikonik piramid Giza dan banyak lagi.

Oppo Reno telah disahkan akan dilancarkan pada 10 April 2019 dan merupakan model pertama Oppo yang akan memiliki teknologi ‘zoom loosless’ 10x yang membuat penampilan di MWC baru-baru ini.

Selain itu, model pertama Siri Oppo Reno ini dijangka akan hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu lensa ultra lebar + lensa 48MP Sony IMX586 + lensa 5MP dan tidak lupa kamera selfie 16MP.

Kebolehan kamera ini untuk mengambil gambar waktu malam juga terbukti sangat mengagumkan dan gambar ini telah di muat turun di akaun Weibo Brian Shen yang merupakan naib presiden Oppo.

Oppo Reno juga dikatakan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710 yang turut digunakan pada Oppo 17 Pro, skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci dan ColorOS 6.

Segala persoalan mengenai Oppo Reno akan terjawab pada 10 April 2019 yang telah disahkan sebagai hari pelancaran siri ini di China.

Status pelancaran global Oppo Reno ini masih belum diketahui namun dengan teknologi kamera yang luar biasa seperti ini , Oppo Reno pasti akan memasuki pasaran utama dunia termasuk Malaysia.

Gambar-gambar yang diambil menggunakan Oppo Reno



Sumber

Comments

comments