b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP 1

Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dan India merupakan pasaran pertama didunia untuk menerima telefon pintar ini.

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP 2

Perbezaan utama antara Oppo F11 dan Oppo F11 Pro adalah mekanisma kamera pop-up selfie yang hanya ditawarkan pada model Pro manakala model F11 hadir dengan takuk waterdrop yang menempatkan kamera selfie.

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP 3

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 6.53-inci (Oppo dakwa skrin ini ada RAM sendiri untuk jimatkan tenaga) , pemproses MediaTek Helio P70, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit namun ianya hadir dengan slot microUSB.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Oppo F11 ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM dengan 128GB memori dalaman manakala Oppo F11 Pro hadir dengan 6GB RAM namun memori dalaman hanya 64GB.

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP 4

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F11 dan F11 Pro hadir dengan kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .

Kamera ini hadir dengan sokongan pengambilan gambar waktu malam Ultra Night, pengesan adengan AI,  Color Mapping dan tidak lupa kamera selfie 16MP f/2.0.

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP 5

Berikut adalah harga penjualan Oppo F11 dan F11 Pro di India :

Oppo F11 4GB+128GB – INR 19,990 (RM 1,115)

Oppo F11 Pro 6GB+64GB – INR 24,990 (RM 1,444)

Selain itu, Oppo F11 Pro juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini.

 

harimaubet666.com