Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 9 disahkan sebagai telefon pintar Android terpantas di pasaran

Xiaomi Mi 9 disahkan sebagai telefon pintar Android terpantas di pasaran 1

Ranking terbaru telefon pintar terpantas AnTuTu telah menyaksikan beberapa nama baru memasuki senarai 10 model terbaik dan ianya adalah disebabkan pengunaan pemproses terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 855.

Xiaomi Mi 9 kini telah mengambil alih kedudukan pertama di carta telefon pintar terpantas Android di AnTuTu diikuti rapat oleh Lenovo Z5 Pro GT.

ZTE Nubia Red Magic Mars yang merupakan pendahulu sebelum ini kini telah jatuh ke tangga ketiga dan ianya hadir dengan pemproses Snapdragon 845 sahaja.

Xiaomi Mi 9 disahkan sebagai telefon pintar Android terpantas di pasaran 2

Walaubagaimanapun, Nubia Red Magic Mars masih mendahului kuatret telefon pintar dengan pemproses Kirin 980 iaitu Huawei Mate 20, Honor V20 (View 20), Huawei Mate 20 X dan Honor Magic 2.

Senarai 10 telefon pintar terbaik AnTuTu ini dilengkapkan dengan dua telefon pintar gaming iaitu Asus ROG dan Xiaomi Black Shark Hello dan Mi 8 Transparent Edition.

Kedudukan ini dijangka berubah lagi bulan hadapan apabila siri Galaxy S10 mula memasuki pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.