MWC 2019 : 4 model telefon pintar Nokia telah dilancarkan secara rasmi
Mobile World Congress sekali lagi menjadi pentas untuk Nokia memperkenalkan beberapa telefon pintar terbaru yang mana kesemua model ini hadir dengan sistem operasi Android Pie yang asli.
Nokia 1 Plus
Nokia 1 Plus adalah telefon pintar mampu milik yang hadir sebagai pengganti kepada Nokia 1 dan ianya memiliki sistem operasi Android 9.0 Pie edisi Go.
Nokia 1 Plus hadir dengan reka bentuk 3D nano pattern pada panel belakang dan ianya adalah 12% lebih nipis berbanding generasi sebelum ini.
Nokia 1 Plus akan hadir dengan skrin paparan FWVGA IPS+ 18:9 berukuran 5.45-inci, pemproses MediaTek MT6739WW, 1GB RAM dengan dua pilihan memori simpanan dalaman.
Selain itu, Nokia 1 Plus juga hadir dengan bateri berkapasiti 2,500mAh, kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP.
Nokia 1 Plus akan memasuki pasaran sekitar pertengahan bulan Mac dengan harga penjualan purata global $99 (RM 403)
Nokia 3.2
Nokia 3.2 adalah model pengganti kepada Nokia 3.1 dan ianya hadir dengan reka bentuk skrin All Display dengan takukan selfie.
Ianya adalah panel skrin HD+ 19:9 berukuran 6.26-inci, pemproses Snapdragon 429, 2/3GB RAM, 16/32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mampu bertahan selama 2 hari (dengan mod adaptive battery).
Apa yang menarik adalah Nokia 3.2 ini hadir dengan lampu notifikasi pada butang kuasa yang merupakan ciri unik dipasaran.
Selain itu, Nokia 3.2 juga memiliki butang khas Google Assistant dan akan memasuki pasaran pada bulan Mei dengan harga penjualan $139 (RM 566)
Nokia 4.2
Nokia 4.2 adalah siri baru telefon pintar Nokia yang duduk diantara Nokia 3.2 dan Nokia 5.1 yang hadir dengan reka bentuk premium berasaskan gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.
Seperti Nokia 3.2, Nokia 4.2 juga hadir dengan lampu notifikasi pada butang kuasa, skrin paparan All Display dengan selfie notch berukuran HD+ berukuran 5.71-inci, pemproses Snapdragon 439, 2/3GB RAM, 16/32GB memori simpanan dalaman, AI Face Unlock yang lebih selamat dan bateri berkapasiti 3,300mAh
Nokia 4.2 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang dipadankan dengan sensor kamera ‘depth’ untuk mod bokeh selain kamera selfie 8 MP.
Selain itu, Nokia 4.2 juga akan memiliki sensor capjari dibahagian belakang, NFC yang membolehkan pengunaan Google Pay.
Nokia 4.2 akan memasuki pasaran pada bulan April dengan harga penjualan $169 (RM 688) dan akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah jambu.
Nokia 210
Selain itu, Nokia sebagai pengeluar telefon ‘feature phone’ No.1 dunia telah turut memperkenalkan Nokia 210 yang hadir ke pasaran sebagai telefon pintar paling murah dengan sokongan internet.
Nokia 210 akan hadir dengan skrin QVGA berukuran 2.4GHz, permainan ikonik ‘snake’, bateri 1020mAh dan kamera belakang VGA.
Nokia 210 akan memasuki pasaran awal bulan Mac dengan harga purata global $25 (RM 101)