WhatsApp kini menawarkan fungsi kunci aplikasi melalui FaceID & TouchID
Selepas lama dinanti, WhatsApp kini secara rasminya telah mula menawarkan fungsi mengunci aplikasi permesejan popular ini dengan menggunakan sistem FaceID ataupun TouchID.
Kemaskini terbaru WhatsApp kini membawakan fungsi kunci keselamatan ini dan ianya kini dilihat hanya eksklusif bagi peranti iOS sahaja.
Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu mengaktifkan kunci di bahagian tetapan dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah :
Settings > Account > Privacy> Enable Screen Lock
Untuk membuka kunci keselamatan ini, anda akan menggunakan teknologi FaceID bagi model iPhone X dan ke atas manakala teknologi sensor capjari TouchID akan digunakan bagi model iPhone 5s dan ke atas.
Dengan fungsi ini, aplikasi WhatsApp anda mungkin lebih selamat dan walaupun tidak mengunci sesuatu perbualan secara khas, ciri ini sudah pasti disambut baik oleh pengguna.
Anda boleh menetapkan durasi sebelum aplikasi ini dikunci iaitu serta-merta, selepas 1 minit, selepas 15 minit atau selepas satu jam.
Ciri penguncian aplikasi WhatsApp ini hadir dengan kemaksini terbaru (versi 2.19.20) WhatsApp dan ianya ditawarkan di stor Apple AppStore.