harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja 1

Shopee Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Motorola One akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja.

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja 2

Motorola One adalah model telefon pintar terbaru Motorola yang dilancarkan baru-baru ini dan ianya hadir merupakan telefon pintar dibawah program Android One.

Motorola One ini hadir dengan reka bentuk yang elegan dan ianya hadir dengan skrin paparan Max Vision HD+ berukuran 5.9-inci dengan nisbah skrin 19:9, pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman selain tambahan memori sehingga 256GB menggunakan kad microSD.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja 3

Selain itu, Motorola One ini juga hadir dengan kombinasi dwi-kamera 13MP+2MP selain kamera swafoto 8MP.

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja 4

Motorola One turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang turut memiliki pengecasan pantas TurboCharge yang mampu memberikan anda jangka hayat bateri selama 6 jam dengan pengecasan selama 20 minit.

Lihat tawaran Motorola One di Shopee

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja 5

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki oleh Motorola One adalah sensor capjari pada bahagian belakang, sistem operasi Android 8.1 Oreo yang boleh dinaik taraf ke Android 9.0 Pie ( kemaskini Android Pie dikatakan telah mula ditawarkan mulai December 2018).

Dengan platform Shopee yang mempunyai 16 juta pengguna aktif, Motorola One dilihat sebagai telefon pintar yang mampu memberikan persaingan kepada telefon pintar Android lain di pasaran Malaysia.

Motorola One akan mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee Malaysia 9 Januari ini pada harga RM 799 sahaja 6

Penjualan akan bermula secara eksklusif pada tengah malam ini dan Motorola One ini akan ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu hitam pada harga penjualan RM 799 sahaja.

Beli Motorola One melalui Shopee di SiNi

harimaubet