Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi X dengan sensor capjari dalam skrin dan kamera 48MP Sony akan dilancarkan 15 Februari

Redmi X dengan sensor capjari dalam skrin dan kamera 48MP Sony akan dilancarkan 15 Februari 1

Susulan pelancaran Redmi Note 7 dan Redmi Go beberapa hari lalu, Redmi yang kini hadir sebagai syarikat berasingan dibawah naugan Xiaomi nampaknya akan memperkenalkan model ketiga mereka didalam masa satu bulan kewujudan syarikat ini.

Redmi X kini telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Februari namun harus kami ingatkan bahawa teaser yang mendedahkan maklumat ini tidak hadir dari sumber rasmi Xiaomi.

Teaser ini mendedahkan bahawa telefon pintar Redmi X akan menjadi telefon pintar pertama Redmi untuk hadir dengan teknologi sensor capjari terbina pada skrin.

Selain itu, Redmi X juga akan hadir dengan pemproses Snapdragon 710 dan ianya mungkin merupakan model yang akan mempunyai nama Redmi Note 7 Pro selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

Jika ianya Redmi Note 7 Pro, telefon pintar yang dikenali sebagai Redmi X buat masa ini juga akan hadir dengan sensor kamera 48MP Sony IMX586 dan bukanya sensor 48MP Samsung ISOCELL yang digunakan pada Redmi Note 7.

Selain daripada itu, tidak banyak maklumat mengenai Redmi X aka Redmi Note 7 Pro diketahui buat masa ini.

Redmi X dengan sensor capjari dalam skrin dan kamera 48MP Sony akan dilancarkan 15 Februari 2

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.