Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Go telah dilancarkan secara rasmi

Xiaomi Redmi Go telah dilancarkan secara rasmi 1

Awal bulan ini, Xiaomi telah membuat pengumuman bahawa siri telefon pintar Redmi akan hadir sebagai satu jenama berasingan dibawah syarikat ini dan model pertama yang diperkenalkan selepas pengumuam ini adalah Redmi Note 7.

Susulan daripada itu, Redmi kini dilihat sudah melancarkan telefon pintar Android Go pertama Xiaomi dan ianya akan dikenali sebagai Redmi Go.

Xiaomi Redmi Go telah dilancarkan secara rasmi 2

Redmi Go ini telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Filipina dan ianya akan memasuki pasaran dengan harga penjualan yang sangat berpatutan.

Redmi Go akan hadir dengan skrin paparan 16:9 HD+ berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 425, 1GB RAM, 8GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, pada bahagian kamera pula, Redmi Go akan memiliki tetapan kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Redmi Go ini akan turut hadir dengan sokongan kad microSD sehingga 128GB, sistem operasi Android 8.1 Oreo edisi Go, sokongan dwi-SIM, dan Bluetooth 4.1.

Redmi Go akan memasuki pasaran Filipina terlebih dahulu dan ianya juga akan memasuki pasaran Malaysia dengan kemungkinan besar bersama-sama Redmi Note 7.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.