Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 Pro dengan teknologi tiga kamera bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Vivo V15 Pro dengan teknologi tiga kamera bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 1

Vivo memulakan tahun 2019 dengan agresif susulan pelancaran telefon pintar konsep APEX 2019 yang dilihat akan mencuri tumpuan dunia apabila ianya membuat penampilan antarabangsa di Mobile World Congress bulan hadapan.

Bercakap mengenai arena tempatan, Vivo dilihat semakin hampir untuk melancarkan Vivo V15 Pro ke pasaran Malaysia dan ianya dikatakan akan  hadir dengan teknologi tri-kamera dibelakang.

Vivo V15 Pro dengan teknologi tiga kamera bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi 2

Selain itu, Vivo V15 Pro ini juga dilihat akan hadir dengan teknologi kamera selfie ‘pop-up’ seperti Vivo NEX selain sensor capjari terbina pada skrin.

Buat masa ini tidak banyak maklumat V15 Pro ini diketahui namun duta Vivo, Dato Siti Nurhaliza dijangka akan menjadi duta bagi Vivo V15 Pro ini.

Pelancaran rasmi Vivo V15 Pro ini di Malaysia masih belum diketahui namun ianya mungkin berlangsung bulan hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.