Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 9 dengan teknologi lima sensor kamera akan dilancarkan di MWC bulan hadapan

Nokia 9 dengan teknologi lima sensor kamera akan dilancarkan di MWC bulan hadapan 1

Nokia 9 dengan teknologi lima sensor kamera akan dilancarkan di MWC bulan hadapan 2

Nokia telah mengesahkan akan membuat penampilan di pameran teknologi Mobile World Congress bulan hadapan dan beberapa gambar teaser telah membuatkan kami teruja dengan telefon pintar yang akan diumumkan syarikat yang dimiliki oleh HMD Global ini.

Bercakap mengenai gambar teaser pertama ini, terdapat lima sensor kamera pada gambar ini dan ianya dilihat merujuk kepada telefon pintar dengan 5 sensor kamera dan ianya mungkin akan hadir sebagai Nokia 9.

Pengunaan lima kamera pada Nokia 9 sudah pasti akan membuat dunia menumpukan perhatian serius kepada telefon pintar ini.

Nokia 9 dengan teknologi lima sensor kamera akan dilancarkan di MWC bulan hadapan 3

Selain itu, Nokia 9 yang akan menjadi telefon pintar kelas flagship syarikat ini akan turut disertai dengan satu lagi model telefon pintar Nokia yang akan memiliki skrin paparan punch All view seperti Huawei Nova 4 dan HonorView20 yang baru dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Pelancaran kedua-dua telefon pintar ini akan berlangsung di MWC 2019 yang akan diadakan di Barcelona dari 25-28 Februari 2019 (Pelancaran Nokia 9 adalah pada 24 Februari).

Selain itu, selepas pelancaran kedua-dua telefon pintar ini di MWC, ianya dijangka akan memasuki pasaran termasuk pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.