Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 1

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 2

Selepas pelancaram global pada 22 Januari lalu, Honor View 20 secara rasminya telah mula dijual dipasaran Malaysia mulai hari ini dengan roadshow terbesar Honor kini berlangsung di pusat membeli-belah 1Utama, Bandar Utama Damansara.

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 3

Ribuan bakal pembeli Honor View 20 dilihat telah beratur untuk menyambar tawaran menarik bagi 1000 pembeli terawal dan pembeli pertama mendakwa beliau telah tiba untuk beratur sejak jam 11 malam semalam.

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 4

Antara tawaran menarik yang ditawarkan bagi pembeli terawal adalah dimana 200 pembeli terawal akan menerima satu unit jam pintar Honor Magic Watch bernilai RM 599 dan satu beg galas Honor.

Selain itu, 800 pembeli berikut juga akan menerima seutas jam Honor Band 4 bernilai RM 149 dan satu beg galas Honor.

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 5

Pada roadshow ini juga, Honor 10 Lite versi 3GB/64GB juga telah mula dijual dan ianya hadir didalam dua warna iaitu biru dan merah gradiasi dengan harga penjualan RM 799.

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 6

Bercakap mengenai Honor View 20, ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,999 bagi versi 6GB+128GB manakala versi Moschino yang memiliki 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman pula ditawarkan pada harga RM 2,499.

Penjualan Honor View 20 Mendapat Sambutan Luar Biasa 7 

Antara tawaran lain yang ditawarkan di Roadshow Honor ini adalah Honor View 10 (RM 1,499), Honor 10 (RM 1,399), Honor 9 Lite (RM 629), Honor Play (RM 1,099), Honor 8X (RM 949) dan Honor Band 4 Running (RM 79).

Roadshow Honor di 1Utama ini akan berlangsung sehingga esok 27 Januari 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.