Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peraduan “Ang Pau For You” Realme membolehkan anda memenangi pelbagai hadiah menarik

Sempena tahun baru Cin yang bakal disambut tidak lama lagi, Realme Malaysia telah mengumumkan satu kempen mudah yang membolehkan anda memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk telefon pintar terbaru daripada Realme.

Mulai 16 Januari sehingga 10 Februari, anda boleh menyertai kempen Realme “Angpau For You” yang membolehkan anda memotong ‘slash’ angpau untuk membuka memenangi hadiah menarik seperti Realme C1, Realme 2 and Realme 2 Pro, jam Olike , kayu selfie Oppo dan Vauchar Lazada atau Shopee.

Permainan ini adalah sangat mudah dan ianya seperti permainan popular fruit ninja.

Anda boleh menyertai peraduan ini di pautan ini https://myrealme.my/realme-angpau-for-you/ dan hanya satu penyertaan setiap seorang.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan dengan langkah-langkah berikut :

  1. menyukai laman FB Realme Malaysia 
  2. Kongsi post berkaitan hadiah mingguan Realme Malaysia di akaun FB anda
  3. Gunakan hashtag  #RealmeCNY #RealmeAngpau

4 pemenang mingguan akan dipilih sepanjang tempoh kempen ini.

Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realme C1 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga serendah RM 399

https://mobilefokus.com/2018/11/05/ulasan-realme-2-pro-telefon-pintar-kelas-pertengahan-terbaik-di-pasaran/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.