Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 20 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 26 Januari 2019

Honor View 20 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 26 Januari 2019 1

Honor View 20 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Januari ini telah disahkan akan mula dijual dipasaran Malaysia pada 26 Januari 2019.

Honor View 20 adalah model antarabanga bagi Honor V20 yang ditawarkan dipasaran China dan selain daripada perbezaan nama, kedua-dua model ini merupakan telefon pintar yang sama.

Honor View 20 menjadi telefon pintar Honor untuk hadir dengan panel skrin berlubang untuk modul kamera dan ini merupakan detik peralihan skrin dengan takukan.

Honor View 20 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 26 Januari 2019 2

Bercakap mengenai skrin paparan Honor View 20 ini, ianya hadir dengan skrin paparan LCD All-View berukuran 6.4-inci dengan resolusi 1080p dan nisbah 19:25:9.

Beralih kepada spesifikasi dalaman pula, Honor View 20 hadir dengan pemproses Kirin 980 yang dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM dengan kapasiti memori dalaman adalah 128GB atau 256GB.

Panel skrin Honor View 20 ini hadir dengan satu lubang untuk menempatkan kamera swafoto 25MP dan teknologi panel skrin ini tidak berlubang sepenuhnya seperti yang kami fikirkan sebelum ini.

Honor View 20 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 26 Januari 2019 3

Kamera belakang juga menyaksikan Honor View 20 kembali kepada tetapan satu sensor kamera namun ianya bukan calang-calang kamera.

Honor View 20 juga telah disahkan akan hadir dengan teknologi kamera 48MP Sony IMX586 yang mana ianya hanya menggunakan satu sensor dengan teknologi light fusion 4 dalam 1 dan 4 sensor HDR.

Kamera 48MP Sony ini juga dikatakan mampu mengambil gambar ‘low-light’ 12MP yang lebih kurang ganguan dan kekaburan pada waktu cahaya yang lebih rendah.

Selain itu, Honor View 20 ini juga memiliki sensor ToF 3D dan flash LED.

Honor V20 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W.

Selain itu, Honor View 20 ini juga hadir dengan dwi-GPS, tiga antenna Wi-Fi, GPU Turbo 2.0, EIS dan mod desktop.

Honor View 20 ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna gradiasi yang menarik iaitu merah, biru dan hitam.

Honor View 20 di Malaysia akan ditawarkan didalam dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 6GB/128GB dan 8GB/256GB.

Penjualan pertama akan berlangsung di 1Utama pada 26 Januari namun harga penjualan masih belum diketahui.

Honor View 20 juga telah menerima anugerah telefon pintar terbaik di CES 2018 yang baru sahaja selesai.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.