Huawei Nova 4 akan dilancarkan di Malaysia 16 Januari ini
Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar dengan skrin paparan ‘berlubang’ iaitu Huawei Nova 4 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Januari ini.
Huawei Nova 4 sebelum ini telah dilancarkan di pasaran China dan terdapat dua versi Nova 4 yang ditawarkan disana yang hadir dengan sensor utama 48MP dan satu lagi yang hadir dengan sensor utama 20MP.
Selain itu, Huawei Nova 4 hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang yang mana sensor kedua adalah unit 16MP dengan aperture f/2.2 manakala sensor ketiga adalah unit 2MP.
Selain itu, Huawei Nova 4 juga hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci, pemproses Kirin 970, 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Huawei Nova 4 akan turut hadir dengan kamera selfie 25MP, bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas, sensor capjari dan EMUI 9.0 berasaskan Android Pie.
Buat masa ini harga penjualan Huawei Nova 4 masih belum diumumkan namun ianya akan diketahui minggu hadapan.