Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 8.1 tiba di Malaysia 18 Januari ini pada harga RM 1,699

HMD Global secara rasminya telah mengesahkan bahawa Nokia 8.1 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 18 Januari ini dengan harga penjualan RM 1,699.

Nokia 8.1 ini hadir dengan reka bentuk berasaskan kerangka aluminium siri 6000 dan gilapan berlian pada bahagian tepi.

Nokia 8.1 ini juga hadir dengan skrin paparan PureDisplay berukuran 6.18-inci FHD+ (18:7:9), pemproses Snapdragon 710, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman selain slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 400GB.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Selain itu, Nokia 8.1 juga memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 18W (adaptive charging) melalui slot USB-C.

Bercakap mengenai kamera, Nokia 8.1 didakwa hadir dengan sensor kamera yang paling sensitif dipasaran yang dibekalkan oleh ZEISS dan ianya adalah sensor 12MP super sensitif 1/2.55” yang termaju di dalam industri dengan piksel besar 1.4 mikron.

Selain itu, Nokia 8.1 juga memiliki kamera swafoto 20MP yang memiliki mod Pro Camera UI, Bothie dan Pixel Binning Technology.

Lain-lain spesifikasi Nokia 8.1 ini adalah Android 9.0 Pie yang asli, bicu audio 3.5mm, sensor capjari dibahagian belakang, NFC, satu pembesar suara dan Bluetooth 5.0.

Nokia 8.1 ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam dengan harga RM 1,699.

Penjualan akan bermula 18 Januari ini dan ianya akan turut ditawarkan di stor rasmi Nokia di Lazada

Nokia Store Lazada

Comments

comments