harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 1

Honor Malaysia telah memulakan tahun 2019 dengan langkah kanan apabila secara rasminya melancarkan Honor 10 Lite ke pasaran tempatan.

Honor 10 Lite hadir ke pasaran dengan reputasi yang baik khususnya kerana ianya memiliki teknologi kamera selfie AI 24MP.

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 2

Selain itu, Honor 10 Lite akan hadir dengan skrin paparan teardrop IPS LCD FHD+ berukuran 6.21-inci dengan nisbah skrin kepada badan melebihi 90%, pemproses Kirin 710, 3GB RAM dan 32GB/64GB memori simpanan dalaman.

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 3

Selain itu, Honor 10 Lite ini juga hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 13MP f/1.8 dan sensor bokeh/portrait 2MP.

Honor 10 Lite dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie, GPU Turbo 2.0, bateri berkapasiti 3,400mAh dan slot dwi-SIM hibrid yang juga menyokong kad microSD sehingga 512GB.

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 4

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 5

Honor 10 Lite ini akan ditawarkan pada harga RM 749 bagi versi 3GB+32GB manakala versi 3GB+64GB ditawarkan pada harga RM799 (pilihan warna seperti pada gambar).

Penjualan akan bermula pada tepat pada pukul 10 pagi 9 Januari 2019 di hihonor dan Lazada dengan harga istimewa bagi Honor 10 Lite versi 32GB ini ditetapkan pada harga RM 699 sahaja (kuantiti terhad).

Apa yang menarik adalah, bagi yang melakukan pembelian di Lazada sebelum pukul 1 petang, Honor 10 Lite baru anda akan dihantar kepada pada hari yang sama dengan syarat anda bermastautin di Lembah Klang.

Selain itu, bagi yang melakukan pembelian selepas pukul 1 petang sehingga 11.59 malam, Honor 10 Lite anda akan dihantar pada hari berikutnya.

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 6

Beli Honor 10 Lite di Lazada

Beli Honor 10 Lite di Hihonor

Selain itu, Honor Malaysia juga telah mengumumkan penawaran Honor Band 4 dam Honor Band 4 Running.

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 7

Honor Band 4 : RM 149

-Skrin paparan AMOLED 2.5D

-Huawei TrueSleep

-Huawei TruSeen 3.0 – perekod degupan jantung

-Kalis ais sehingga kedalaman 50M

-Jangka hayat bateri 17 hari.

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 8

Honor Band 4 Running : RM 79

-Skrin OLED 0.5-inci

-Dua cara pemakaian – di tangan atau di kasut

-Kalis Air sehingga kedalaman 50M

-Perekod larian profesional

-Jangka hayat bateri 21 hari

Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan dari RM 749 9

harimaubet