Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor V20 dilancarkan secara rasmi dengan panel skrin All-View dan kamera 48P Sony

Honor secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas flagship 2019 mereka iaitu Honor V20 ke pasaran China dan model ini akan turut ditawarkan ke pasaran Antarabangsa dibawah nama Honor View 20.

Honor V20 menjadi telefon pintar Honor untuk hadir dengan panel skrin berlubang untuk modul kamera dan ini merupakan detik peralihan skrin dengan takukan.

Bercakap mengenai skrin paparan Honor V20 ini, ianya hadir dengan skrin paparan LCD All-View berukuran 6.4-inci dengan resolusi 1080p dan nisbah 19:25:9.

Beralih kepada spesifikasi dalaman pula, Honor V20 hadir dengan pemproses Kirin 980 yang dipadankan dengan 6GB atau 8GB RAM dengan kapasiti memori dalaman adalah 128GB atau 256GB.

Panel skrin Honor V20 ini hadir dengan satu lubang untuk menempatkan kamera swafoto 25MP dan teknologi panel skrin ini tidak berlubang sepenuhnya seperti yang kami fikirkan sebelum ini.

Kamera belakang juga menyaksikan Honor V20 kembali kepada tetapan satu sensor kamera namun ianya bukan calang-calang kamera.

Honor V20 juga telah disahkan akan hadir dengan teknologi kamera 48MP Sony IMX586 yang mana ianya hanya menggunakan satu sensor dengan teknologi light fusion 4 dalam 1 dan 4 sensor HDR.

Kamera 48MP Sony ini juga dikatakan mampu mengambil gambar ‘low-light’ 12MP yang lebih kurang ganguan dan kekaburan pada waktu cahaya yang lebih rendah.

Selain itu, Honor V20 ini juga memiliki sensor ToF 3D dan flash LED.

Honor V20 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W.

Selain itu, Honor V20 ini juga hadir dengan dwi-GPS, tiga antenna Wi-Fi, GPU Turbo 2.0, EIS dan mod desktop.

Honor V20 ini akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna gradiasi yang menarik iaitu merah, biru dan hitam.

Harga penjualan Honor V20 di China adalah seperti berikut  :

Honor V20 6GB/128GB – CNY 2,999 – RM 1,817
Honor V20 8GB/256GB – CNY 3,499 – RM 2, 119
Honor V20 8GB/256GB versi Moschino – CNY 3,999 – RM 2,422

Pelancaran antarabangsa Honor V20 akan berlangsung pada 22 Januari 2019 dan Malaysia dijangka akan menjadi antara negara terawal untuk menerima telefon pintar terbaru Honor ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.