Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan pelbagai hadiah menarik pada pembukaan stor konsep Vivo Sunway Pyramid pada 30 Disember ini


Anda mungkin sedia maklum bahawa pembukaan rasmi stor konsep Vivo Sunway Pyramid berwajah baru akan dibuka pada 30 Disember ini dan ini adalah peluang terbaik anda untuk memiliki telefon pintar Vivo kegemaran anda bersama-sama tawaran yang menarik.

Vivo telah menyediakan 4  kejutan menarik sempena pembukaan stor konsep Vivo Sunway Pyramid ini.


Kejutan 2 : Cabutan bertuah pada pukul 2 petang dan 8 malam dengan hadiah menarik seperti basikal bernilai RM 399 untuk dimenangi

Jika anda tidak berniat untuk membuat pembelian telefon pintar namun ingin menghadiri majlis pelancaran ini, anda mempunyai peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang akan berlangsung pada pukul 2 petang dan 8 malam.

Antara hadiah yang boleh dimenangi melalui cabutan bertuah ini adalah rantai Swarovski, basikal lasak, beg galas FIFA dan bantal Luhan,
Selain itu, bagi pembeli telefon pintar Vivo pada hari pembukaan stor ini akan turut berpeluang menyertai satu lagi cabutan bertuah yang terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja.

Kejutan 3 : Diskaun 50% bagi semua aksesori rasmi Vivo dan pembayaran ansuran 0% bagi telefon pintar

Sebagai tanda terima kasih, Vivo akan menawarkan diskaun 50% bagi pembelian aksesori Vivo di Sunway Pyramid pada 30 Disember ini dan anda juga boleh menikmati pembelian telefon pintar secara ansuran dengan 0% bunga daripada bank-bank yang terpilih.

Selain itu, anda juga akan menikmati rawatan spa percuma bagi telefon pintar anda. staf Vivo akan membantu anda membersih dan mewangikan telefon pintar.

Kejutan 4 : Like dan kongsi post mengenai stor Vivo Sunway Pyramid dan menangi hadiah misteri

Anda berpeluang memenangi hadiah menarik dengan like dan kongsi post berkenaan pembukaan rasmi stor Vivo Sunway Pyramid di Facebook ( termasuk artikel ini). – bagi 200 orang yang pertama.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.