Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 Lite akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Honor Malaysia kini telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama Honor dengan skrin paparan dewdrop akan mula ditawarkan dipasaran tempatan didalam masa terdekat.

Model yang kami maksudkan adalah Honor 10 Lite dan ianya juga disahkan akan hadir dengan kamera selfie AI 24MP.

Selain itu, Honor 10 Lite akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 6.21-inci dengan nisbah skrin kepada badan 83.1%, pemproses Kirin 710, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB yang dipadankan dengan 64GB atau 128GB memori dalaman.

Selain itu, Honor 10 Lite ini juga hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 13MP f/1.8 dan sensor bokeh/portrait 2MP.

Honor 10 Lite dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 3,400mAh dan slot dwi-SIM hibrid.

Buat masa sekarang masih belum ada maklumat harga dan tarikh penjualan namun ianya dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Honor 10 Lite ini dijangka akan dijual secara rasmi di stor atas talian rasmi Honor Malaysia dan juga melalui platform e-perdagangan seperti Lazada, Shopee dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.