Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 1

Huawei Mobile secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru syarikat ini iaitu Huawei Mate 20 Pro akan ditawarkan didalam kapasiti 8GB RAM tidak lama lagi.

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat dan ianya akan turut memiliki 256GB memori simpanan dalaman.

ULASAN : Huawei Mate 20 – pemproses Kirin 980 dan teknologi kamera Leica generasi baru

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM ini akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu warna gradiasa twillight yang merupakan warna paling unik dipasaran.

Huawei Mate 20 Pro versi 8GB RAM akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi 2

Huawei Mate 20 Pro sebelum ini hanya ditawarkan didalam satu kapasiti iaitu versi 6GB RAM dengan 128GB memori simpanan dalaman.

Selain daripada perbezaan RAM dan memori dalaman, kesemua spesifikasi Huawei Mate 20 Pro versi 8GB ini adalah sama seperti versi 6GB RAM.

Buat masa ini, harga penjualan Huawei Mate 20 Pro versi 8GB masih belum diketahui namun kami menganggarkan harga penjualan sekitar RM 3,899- RM 3,999 (versi 6GB ditawarkan pada harga RM 3,599).

ULASAN : Huawei Mate 20 – pemproses Kirin 980 dan teknologi kamera Leica generasi baru

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.