Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi AirDots dengan reka bentuk Apple AirPods kini ditawarkan pada harga sekitar RM 120 sahaja

Xiaomi AirDots dengan reka bentuk Apple AirPods kini ditawarkan pada harga sekitar RM 120 sahaja 1

Peranti audio tanpa wayar daripada Apple iaitu AirPods nampaknya kini mempunyai pencabar terbaru dan ianya telah diwujudkan oleh syarikat yang dikenali sebagai ‘Apple of China’ iaitu Xiaomi.

Xiaomi AirDots dengan reka bentuk Apple AirPods kini ditawarkan pada harga sekitar RM 120 sahaja 2

Nama kedua-dua peranti audio ini juga tidak banyak berbeza yang iaitu AirPods daripada Apple dan AirDots daripada Xiaomi.

Walaubagaimanapun perbezaan paling ketara antara kedua-dua peranti ini adalah harga dimana Apple AirPods hadir dengan harga penjualan RM 649 (harga rasmi di Malaysia) manakala Xiaomi AirDots hadir dengan harga penjualan CNY 199 ( RM 120).

Xiaomi AirDots dengan reka bentuk Apple AirPods kini ditawarkan pada harga sekitar RM 120 sahaja 3

Xiaomi AirDots ini juga hadir dengan bekas pengecasan yang memberikan anda sehingga 12 jam pengunaan harian (tanpa bekas hanya 4 jam pengunaan)

Pada kedua-dua sisi AirDots juga terdapat pad sesentuh yang mempunyai pelbagai fungsi berguna tidak kira mendengar muzik atau membuat panggilan.

Xiaomi AirDots dengan reka bentuk Apple AirPods kini ditawarkan pada harga sekitar RM 120 sahaja 4

Buat masa ini Xiaomi AirDots hanya ditawarkan di pasaran China dan penawaran peranti ini ke pasaran antarabangsa masih belum dapat dipastikan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.